Friday, June 12, 2009

AGAMAKU?


1. SIAPAKAH KAMU?

Manusia. Salah satu komponen isi alam.

2. APAKAH AGAMA ANUTAN MU?

Buddha

3. SIAPAKAH PENGASAS AGAMAMU?

Gaotama Buddha

4. SIAPAKAN PENGANUT AGAMAMU?

Semua isi alam

5. APAKAH PRINSIP ASAS KEPERCAYAANMU?

Berbuat baik, tidak berbuat jahat

6. ADAKAH KONSEP ‘KITAB’ MENJADI ASAS PEGANGAN?

Tidak ada Kitab Tuhan, hanya panduan dari para guru

7. APAKAH KAMU PERCAYAKAN TUHAN?

Percaya tetapi tak perlu disembah sebagaimana hamba menyembah tuannya.

8. APAKAH KONSEP KETUHANANMU?

Pencipta alam dan segala isi kandungannya; termasuk etika kehidupan (agama)

Tidak boleh memohon apa-apa darinya. (Tak makan rasuah)

9. APAKAH KONSEP ‘SEMBAHYANG’ DALAM KEPERCAYAAN MU?

Aktiviti menginsaf diri dan menilai diri sendiri; bukan ‘menyembah’ tuhan.

10. APAKAH KONSEP ‘KEHIDUPAN’ BAGIMU?

Proses penyucian diri.

Berulang lahir dan mati sehingga 100% cuci (tiada dosa).

Proses ulang lahir terhenti dengan pencapaian taraf NIRBANA.

11. ADAKAH KONSEP ‘MURTAD’ DAN ‘KAFIR’?

Tidak ada. Rujuk Fasa 3

12. APAKAH KONSEP ‘DOSA’ DAN ‘PAHALA’?

Ganjaran kebaikan dan kejahatan yang dibuat

13. APAKAH KONSEP ‘SYURGA’ DAN ‘NERAKA’ ?

Percaya. Alam singgahan dalam proses kehidupan (ulang lahir).

14. ADAKAH KONSEP ‘HARI KIAMAT’?

Ada. Setiap perkara ada pemula dan pengahirnya.

Tidak ada satu pun perkara yang akan kekal selama-lamanya kecuali etika kehidupan (Darma)

Saturday, April 25, 2009

Persinggahan Jalan

Di sini aku berhenti rehat, di sini aku melepas letih, di sini aku megesat peluh dan di sini aku menghirup air penyegar diri. Perjalanan aku masih jauh, destinasi ku masih belum kelihatan namun tekad ku tetap jitu.