Saturday, August 14, 2010

KEASLIAN AJARAN

Hari ini aku terbaca satu komen di dalam blog PEKEMAS (maaf Sdr. Manit, ‘quote’ blog hang tanpa mintak kebenaran terlebih dulu) mengenai fahaman agama Buddha. Rasa tertarik untuk disampok; nak tulis di blog berkenaan, rasa macam tak sopan; kerana aku punya pikiran tak semacam orang; nanti disalah tafsirkan pulak. Lagi pun ilmu agama aku sangat cetek; berbanding dengan diorang!

by IxOrA on 13 Aug 2010 01:17 am

Nak patibat ikut ajaran Buddha yang asal tuh, nak juga.. Tapi tak tau mana satu yg betul.. Dah byk sangat mazhab, byk sangat aliran, mana 1 yg betul..? Pening2..

Dan tetiba K'AS hntr post ajaran agama kita skg ni 'mgkn t'pesong'.. So mende lg yang tggl..? Mende lg yg boleh dipraktikkan? Ada org yg suat mont tiap2 malam, sdgkan tak tau apa itu maksud bod suat mont, tp dia rasa selesa n anggap itu kewajipan,so dia pun suat mont la tiap2 mlm.. Tiap2 kali wan phra pun dia p wat, sbb org lain pegi.. Adakah itu tak betul?

Ada pula org tg terror macam2 pasal agama, semua yg ditanya, semua pun boleh dijawab, tapi tak pernah suat mont. Adakah itu bagus?

Ada pula org yang hanya akan suat mont n ingatkan phra apabila perasaan takut (hantu) menyelubungi diri..



Di sini banyak isu yang boleh disampok-bincang. Kali ini aku hanya akan mengupas satu isu dahulu; iaitu “Keaslian Ajaran Buddha”:

1. Pasal agama Buddha yang asli tu dah tak ada! Asli itu maksudnya ajaran/panduan yang diluahkan dari mulut Buddha sendiri, tanpa sebarang pengubahsuaian. Mustahil segala luahan asli dari mulut Buddha itu masih asli sehingga ke hari ini. Masih ingat, semasa kita menyerta ilmu Pengakap di zaman persekolahan dulu? Dalam satu barisan ada tujuh orang ahli, bacakan satu ayat kepada orang pertama dan minta dia sampaikan kepada rakan terdekatnya dalam barisannya secara lisan; bila kita tanya orang terakhir, ayat tersebut telah terbalik jadinya. Itulah sifat semulajadi manusia!

2. Sefaham aku, ajaran Buddha bukanlah sesuatu yang statik; tidak ada Kitab Tuhan, tidak ada firman Tuhan dan Buddha bukan nabi utusan Tuhan! Yang ada ialah ‘Pandangan Buddha’ mengenai kehidupan, yang ada ialah ‘Pendapat Buddha’ dalam melaksanakan fungsi penghidupan; dan Pendapat serta pandangan ini telah dirombak menjadi satu ‘Panduan Hidup’ yang ditakrifkan sebagai satu Agama Manusia.

3. Sefaham aku, Buddha tidak menegah fahamannya diubah suai mengikut kesesuaian; asalkan ‘matlamat’nya sama. Namun demikian bukanlah bermakna ajaraNya boleh diubahsuai sesuka hati, ia memerlukan pengenalan ‘matlamat’ sesuatu ajaran terlebih dahulu! Dari KL ke New York, tak semestinya anda melalui Hong Kong dan Tokyo; anda boleh juga pergi ke Bangkok, kemudian ke Moskow, kemudian ke London dan ke New York; boleh! Cuma sampai awal atau sukar perjalananya!

4. Seingat aku, ulama Buddha pernah memberi ceramah (thessana) bahawa ‘jangan percaya sesuatu perkara (termasuk ajaran ini) dengan membabi buta’; ‘cari sendiri kebenaran hidup anda’; dan ‘buatlah penyelidikan mendalam serta binalah ‘satu keyakinan’ barulah anda boleh ‘percaya’.

5. Berbalik kepada ‘keaslian’ ajaran Buddha; bagi aku, “Berbuat Baik dan Jangan Membuat Jahat” adalah keasliannya. Tafsiran apa yang “Baik” dan apa yang “Jahat” itulah ilmunya! Tidak ada pahalanya yang bersembahyang setiap malam tetapi hidupnya menipu orang lain; tidak ada gunanya ‘suad mont’ sepanjang malam kalau tingkahlakunya sentiasa menyakitkan hati orang lain! Watwa-Aram adalah tempat beribadat, ‘baikkah’ kalau kita jadikan sebagai tempat berjudi-mabuk????