Monday, March 7, 2011

JUDI

KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS akan membawa isu perjudian di negara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diselesaikan dengan baik.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) dalam kenyataannya berkata, PAS tahu, sikap Umno dan BN menghalalkan judi sebab itu lesen-lesen perjudian di keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu Pakatan Rakyat mempunyai sikap yang tegas dan berbeza dengan BN dalam hal ini,” kata beliau dalam kenyataannya itu.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah mengambil tindakan terhadap premis yang menjual tiket-tiket perjudian di Kelantan.

Ekoran itu, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan yang terakhir adalah kenyataan Karpal Singh, pengerusi DAP semalam yang mempertikaikan tindakan Kelantan itu.

“Suka saya maklumkan di sini, menjadi polisi kerajaan negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu untuk menentang sebarang bentuk perjudian.

“Bagi saya, isu ini perlu dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dan tidak terbatas kepada Islam dan bukan Islam atau Melayu dan bukan Melayu sahaja.

“Apa yang perlu dilihat adalah kesan buruk daripada perjudian. Pada saya ia ditolak semua agama dan oleh prinsip kemanusiaan untuk wujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik,” kata beliau dalam kenyataannya itu. "


1. Pada fahaman aku, di dalam amalan agama aku; Buddha; tiada perkara yang HALAL dan tiada perkara yang HARAM - yang ada ialah perkara BAIK yang boleh menghasilkankan karma baik; PAHALA; serta perkara yang TIDAK BAIK yang boleh menghasilkan karma tidak baik; DOSA.

2. Apakah JUDI? Mempertaruhkan suatu nilai harta (wang ringgit) terhadap sesuatu yang belum tentu kemenjadiannya, dengan mengharapkan nilai harta yang dipertaruhkan itu akan berganda-ganda jadinya. Betulkah begitu?

3. Main pokdeng dengan mempertaruhkan duit itu judi, beli nombor 'ekor' itu judi, beli tiket loteri itu judi, masuk kasino dan mengambil bahagian dalam permainannya adalah judi!

4. Mempertaruhkan wang di dalam aktiviti laga lembu, sabung ayam, lumba kuda, main tomoi, boksing dll. adalah judi!

5. Bagaimana kalau semua ini ditegah atau diharamkan? Aku tidak bersetuju! Aku rasa hidup ini akan 'dull' jadinya. Memang perkara di atas ada keburukannya, tetapi bukan semuanya adalah dalam kategori parah! Ada banyak kebaikan juga dalam aktiviti-aktiviti sebegitu sebenarnya.

6. Berbincang di luar kontek Islam, TIDAK ada agama yang mengharamkan aktiviti-aktiviti seperti di atas, yang ada adalah sebagaimana para(1) di atas sahaja. Aktiviti-aktiviti ini adalah sebagai mainan hidup; aktiviti-aktiviti ini adalah bunga-bungaan kehidupan dan aktiviti-aktiviti ini juga menjadi sebahagian profesyen untuk hidup!

7. Apa yang pentingnya ialah PENGAWALAN. Setiap aktiviti hendaklah di bawah kawalan agar ia tidak mendatangkan kemudaratan. Sebagaimana selaras senapang, barang ini sangat merbahaya, boleh membunuh. Apakah kita nak mengharamkan senapang itu?