Sunday, March 10, 2013


Opat Rattanachot:
SIRI PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG

Sejak dua menjak ada macam-macam isu hot. Hang kata aku, aku kata hang dalam FB. Lalu timbul satu ketika, pihak yang rasakan kena fitnah tu, akan buat ugutan akan ambil tindakan undang-undang SAMAN FITNAH.

Apa maksud FITNAH

Fitnah adalah tuduhan yang berkecenderungan merendahkan reputasi seseorang pada pandangan orang yang munasabah* dalam masyarakat. Ia cenderung menyebabkan orang yang difitnah itu dijauhi, dibenci, dihina atau dipandang rendah oleh ahli masyarakat.

Jenis-jenis fitnah

Ada dua jenis fitnah; iaitu LIBEL dan SLANDER.

LIBEL :
1.      Adalah fitnah dalam bentuk kekal contohnya tulisan, lukisan termasuk dalam Facebook ini jua. Ia lebih kepada deria penglihatan.
2.      Bagaimanapun, cakap dalam radio/tv, di Malaysia juga consider LIBEL. Dianggap sebagai penerbitan tetap menurut Seksyen 3 Akta Fitnah 1957
3.      Fitnah bentuk LIBEL, pihak yang difitnah (plaintif) tidak perlu membuktikan kerosakan (bahasa undang-undang Actionable Per Se)

SLANDER:
1.      Adalah fitnah dalam bentuk sementara atau lisan. Ia lebih kepada deria pendengaran.
2.      Bagi SLANDER, pihak plaintif perlu buktikan apakah kerugian/kerosakan yang ditanggung akibat difitnah itu.
3.      Tapi SLANDER juga ada sikit pengecualian, kerana ada jenis-jenis tertentu tak perlu buktikan kerosakan.
Jenis itu ialah;
·         Slander terhadap wanita/gadis mengenai kesuciannya.
·         Contoh: Nutheng berucap dalam khalayak ramai kata, Eva ialah perempuan jalang, jadi pelacur dsb  (Eva boleh saman fitnah slander, tanpa perlu buktikan kerosakan, sebab maruahnya telah tercemar). Jaga-jaga mulut anda, jangan tuduh wanita sembarangan!
·         Slander menghina plaintif yang ada jawatan, profesion, pekerjaan, perniagaan
·         Slander mengenai harta plaintif atau kepalsuan niat jaha (malicious falsehood)
·         Slander yang membawa maksud plaintif telah lakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara, kena sebat, hukum mati. Contoh Nutheng berniat jahat kata Nunui rogol budak bawah umur, sedangkan perkara itu tidak berlaku
·         Slander yang bawa maksud plaintif ada penyakit berjangkit. Contoh Nutheng tuduh Nunui hidap AIDS, sifilis, kusta etc.

FITNAH akan wujud dalam keadaan mana?
1.      Kata-kata atau perkataan itu mestiah bercorak fitnah
2.         Kata-kata itu memang merujuk kepada plaintif
3.         Kata-kata itu mestilah disiar atau didengari oleh pihak ketiga.
       Bagaimanapun, dalam fitnah, ada beberapa jenis orang dalam dunia ini dibenarkan melakukan fitnah bersyarat dan dilindungi pula oleh undang-undang.

Orang itu mempunyai hak keistimewaan (privilege).
Mereka ini punyai;

1.      Absolute privilage (contoh: pentadbir kerajaan, Ahli Parlimen (termasuk Sinato - tapi dalam Parlimen sahaja), para Menteri (executive) atau Hakim, Lawyer dalam prosiding mahkamah)
2.         Qualified privilage (keistimewaan menurut undang-undang seperti orang surat khabar, televisyen dsb)

Jadi, jika anda rasakan telah menjadi mangsa fitnah dan memenuhi ciri-ciri di atas, carilah lawyer dan saman! 

Tapi, dalam saman fitnah tak semestinya menang atau mendapat award daripada kerosakan. Semua terpulang kepada kebijaksanaan lawyer, hakim dan juga fakta kes sendiri! Kadang saman berjuta-juta, mahkamah hanya beri award RM10K, RM20K atau settle di luar saja :)

P/S: Mohon kerelaan dan kebenaran Opat untuk ditampalkan di sini.


No comments:

Post a Comment